Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 08, 2009

Kekenyangan???

Sebentar tadi saya makan tengahari bersama rakan baik saya Suvani. Kami bertemu di Bangkok Express, The Weld. Dah lama saya tak jumpe rakan saya ini. Jummat ini dia nak berangkat dah. Menci betul la. Tapi tadi sempat la bergossip sikit2. Sikit2 jer tak banyak sebab saya lapar tahap dewa tadi hehehe. Sekarang seperti ular sawa yang baru menelan seekor anak rusa?? lebih kurang la. Kenyangnya ooo Tuhan syukur Alhamdullilah. Suvani belikan saya fridge magnet dari Afrika Selatan. Saya suka ;) Tak sabar nak balik dan letakkan magnet itu di peti sejuk (LOL!) saya.


Esok dan Jumaat saya cuti. Tak sabar. Tapi saya bercuti bukan nak bersuka ria sebaliknya saya ada 1001 benda yang hendak dibuat. Tuhan, berilah saya kekuatan untuk melaksanakan semua tugasan2 itu. Amin.


Ok la...sampai disini sahaja coretan saya di dalam bahasa ibunda saya. Penat. Harap faham. Ohhh...saya rindukan si bam bam saya la. Tak sabar nak balik pukul 4.30 karang. Saya nak tergolek dengan dia macam gambar di bawah. Pasti menyeronokkan kan.

p/s: eh i think this time around my entry in BM has improved kan...kan... ;)

No comments: